Read biografi inspirasi prof dr muhaya sejernih sinar matamu by Rozninah Abd. Azib Online

biografi-inspirasi-prof-dr-muhaya-sejernih-sinar-matamu

Buku ini memaparkan tentang kisah figura pencetus inspirasi Prof Dr Muhaya seorang doktor pakar mata yang memperkenalkan konsep “celik mata hati” dan “celik mata akal” dalam program Reset Minda. Konsep Reset Minda ialah konsep dimana kita perlu sentiasa berfikiran positif dan berimaginasi tentang masa hadapan kita. Kuncinya dengan menjaga minda bawah sedar dan minda sedarBuku ini memaparkan tentang kisah figura pencetus inspirasi Prof Dr Muhaya seorang doktor pakar mata yang memperkenalkan konsep “celik mata hati” dan “celik mata akal” dalam program Reset Minda. Konsep Reset Minda ialah konsep dimana kita perlu sentiasa berfikiran positif dan berimaginasi tentang masa hadapan kita. Kuncinya dengan menjaga minda bawah sedar dan minda sedar untuk sentiasa berprasangka baik terhadap Allah. Formula Reset Minda ialah fikiran menghasilkan emosi – emosi menghasilkan tindakan – tindakan menghasilkan hasil kehidupan. Buku ini juga merakamkan kisah susah senang, bahagia derita, cita-cita yang tercapai dan harapan yang berkecai seorang doktor pakar mata dan pencetus inspirasi yang sentiasa mengukirkan senyuman manis. Pembaca akan mendapat tip-tip berguna bagaimana untuk sentiasa positif dan cemerlang dalam hidup melalui perkongsian pengalaman Prof Dr Muhaya di dalam buku ini....

Title : biografi inspirasi prof dr muhaya sejernih sinar matamu
Author :
Rating :
ISBN : 18221341
Format Type : Paperback
Number of Pages : 277 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

biografi inspirasi prof dr muhaya sejernih sinar matamu Reviews

  • Aina Dayana Hilmi
    2018-12-05 09:29

    Bismillahirrahmanirrahim. "Alangkah ruginya orang yang masa mudanya tidak menolong orang, orang yang ketika ada duit tidak bersedekah kepada orang, orang yang ada ilmu tidak mengajar orang, dan orang yang masa ada kuasa tidak memudahkan urusan orang."Subhanallah.Prof Dr Muhaya, seorang tokoh inspirasi dan motivasi wanita yang tersohor dengan konsep Reset Minda yang diperkenalkannya.Sikapnya positif, mementingkan kekeluargaan, suka menyambung silaturrahim, bersedekah, menjaga solat di awal waktu, tegas tetapi lembut, cekap dan pantas melakukan kerja.Ya. Manusia tidak sempurna. Prof juga pernah melalui detik-detik kedukaan dalam hidup.. kehilangan anak yang dikasihi, pernah dikuasai perasaan ego ketika muda, memandang kejayaan sebagai perkara utama seseorang berjaya dalam hidup (pegangan akidah sepatutnya diberi keutamaan) dan beremosi.Namun, seiring perubahan waktu dan bimbingan nasihat dari suaminya berjaya mendidiknya menjadi insan yang lebih baik. Malahan tidak dinafikan didikan yang diberi oleh ibu bapa Prof sangat menyumbang ke arah kejayaan Prof hari ini.Membaca kisahnya, ada beberapa perkara yang menyentuh hati dan membuat saya merenung diri.Moga Allah memberkatinya.

  • Mirwais
    2018-12-02 13:48

    I think it's very good

  • Khadijah Ab Rahman
    2018-11-14 11:23

    Prof Muhaya's bitter-sweet life journey being beautifully written by the author.

  • Wardah Puteh
    2018-11-23 10:37

    Biografi ini menyelak lembaran hidup insan yang bernama Prof Dr Muhaya, dari cermin kesedihan yang pernah mengintai masa silamnya dan menjawab persoalan tentang dirinya pada masa kini.Jika tuan sedang berfikir, bagaimana caranya untuk fokus pada kejayaan dan kegembiraan, saya kira buku ini lebih mengesankan daripada mana-mana buku motivasi pun. Benar. Kerana ini ditulis Tuhan. Kisahnya selalu dikatakan sebagai takdir.Harga promosi (sekarang) - jika anda ahli POPULAR - RM 60 sahaja. Dapatkan, dan hadiahkan kepada insan tersayang.

  • Aida Hazlin
    2018-12-02 07:35

    love this book. very inspiring. should be read by all.

  • Moon
    2018-12-04 08:27

    Empat perkara yang saya 'bawa pulang' selepas membaca Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya ini adalah seperti yang digariskan oleh penulisnya iaitu : 1.Jaga solat dan sentiasa solat pada awal waktu.2.Bersedekah setiap masa kepada sesiapa sahaja.3.Doa, sememangnya senjata orang Islam.4.Sentiasa berusaha mempermudahkan pekerjaan dan urusan orang lain.Sepanjang pembacaan saya, jiwa berkobar-kobar untuk mengikut jejak PDM dalam mengutamakan solat dalam setiap perkara yang dilakukan dan sentiasa berusaha untuk berbuat baik.