Read Ini Sekolah Kita by Musa Nuwayri Hidayu Hatta Faris Isa Online

ini-sekolah-kita

Ketika mahasiswa lain sibuk keluar masuk kuliah dan menekuni peperiksaan, sebilangan kecil mahasiswa Malaysia di Jordan berhasil membina 3 sekolah untuk anak-anak pelarian di Irbid dan Mafraq.Dan sekolah itu hari ini hampir berusia 4 tahun dan masih beroperasi selagi perang di Syria belum tamat.Ini adalah cebisan dan fragmen kisah mereka yang berhasil menumbuhkan pendidikaKetika mahasiswa lain sibuk keluar masuk kuliah dan menekuni peperiksaan, sebilangan kecil mahasiswa Malaysia di Jordan berhasil membina 3 sekolah untuk anak-anak pelarian di Irbid dan Mafraq.Dan sekolah itu hari ini hampir berusia 4 tahun dan masih beroperasi selagi perang di Syria belum tamat.Ini adalah cebisan dan fragmen kisah mereka yang berhasil menumbuhkan pendidikan untuk anak-anak perang ketika orang lain merasakan usaha itu adalah mustahil.Ini adalah kisah Sekolah Kita!...

Title : Ini Sekolah Kita
Author :
Rating :
ISBN : 9789672011767
Format Type : Paperback
Number of Pages : 124 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Ini Sekolah Kita Reviews

  • Emmy H. Nathasia
    2019-03-23 15:46

    Saya tidak hairan buku ini boleh memenangi Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Kemanusiaan Terbaik. Sememangnya buku yang berjaya memberikan kesan dan makna dalam diri pembaca. Buku yang baik dan memberi kesan kepada pembaca tidak semestinya menggunakan bahasa yang terlalu tinggi, namun cukuplah agar laras bahasanya baik, pada masa yang sama bukannya menggunakan bahasa rojak yang merosakkan, penjelasan dan naratif dalam buku ini ringkas namun bermakna dan sampai kepada pembaca. Selaku pengajar sukarelawan, antara pengalaman yang dialami para penulis turut dapat saya rasai bersama, mengingatkan saya kembali kepada tujuan kita, para sukarelawan melakukan semua ini.

  • Ririn
    2019-03-19 18:04

    Buku yang memenangi Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Kemanusiaan Terbaik.Kalau Hollywood berbangga dengan Angelina Jolie yang tidak putus-putus melakukan kerja-kerja kebajikan membantu rakyat dunia yang bernasib malang, Malaysia juga tidak kurang dengan para adiwira yang tidak putus asa membantu mereka meskipun tiada liputan luas dari media massa.Pengalaman 3 anak muda yang seawal usia 19 tahun telah mengasas dan menubuhkan sekolah-sekolah di bumi Jordan demi membantu anak-anak mangsa perang Syria untuk turut sama mendapat pendidikan, agar dapat mengubah nasib mereka di masa hadapan. Mereka ini yang bertungkus-lumus bekerja dengan sukarela, tanpa mendapat bayaran apapun. Ganjaran yang diharapkan hanyalah kebahagiaan yang dirasakan bila melihat anak-anak didikan mereka menunjukkan kegembiraan dan semangat untuk terus belajar mencapai cita-cita besar mereka. ps - ingatkan ada kisah Saudara Musa Nuwayri yang ditangkap dan dihantar balik ke Malaysia.

  • Norziati
    2019-03-07 13:41

    Kalau ditempat sendiri pun sudah merasa pelbagai dugaan datang dalam membuat kerja-kerja secara sukarela, di tempat orang apatah lagi. Menggalas tugas sebagai mahasiswa, bersama-sama praktikal, tugasan kuliah dan peperiksaan yang silih berganti mungkin adalah alasan bagi sesetengah mahasiswa untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana organisasi. Tetapi tidak bagi Hidayu, Musa dan Isa. Mereka sedar ada tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan. Misi kemanusiaan yang mereka laksanakan dalam membantu anak-anak pelarian perang dari Syria besar nilainya kepada mangsa perang ini. Namun cabaran besar yang dihadapi bukanlah kemudahan asas yang kurang tetapi sikap bangsa Arab yang kasar dan tidak mudah dibentuk. Sekurang-kurangnya itu menjadikan mereka faham bagaimana menjalin hati manusia menerusi kerja-kerja sukarela sementara menanti perang tamat dan suasana kembali aman yang entah bila akan tiba. Salut untuk usaha mereka!

  • Hasnul Adin
    2019-02-26 18:48

    Akhirnya tamat sebuah buku. Bila entah kali terakhir aku berjaya selesaikan bacaan macam ni. Mungkin tema sukarela menjadi faktor utama kejayaan ini. Terasa dekat di hati kata orang. Tapi itulah, bila baca kisah penulis ni, rasa jauh panggang dari api. Apalah nak dibandingkan dengan cabaran yang aku kena hadap kat sini. Small the pieces kata orang kampung.Membaca karya yang sebuah ni, kita akan dibawa ke beberapa fasa emosi yang berlainan. Diawalnya ada rasa sedih sedih sikit, rasa mendung je langit. Ada saja benda yang tak kena. Kena tipu dengan tuan rumah, gaduh dengan ibu bapa, lagi nak layan kerenah anak-anak yang pelbagai jenis liarnya sampai kena boikot, dilarang masuk ke sekolah.Dalam masa sama, ada satu rasa bahagia juga. Diceritakan kepada kita bagaimana gigihnya sukarelawan datang mengajar di sekolah setiap hari selepas selesai kuliah, kisah ceria anak-anak dapat belajar, kenal A B C, diajar membaca dan mengaji. Betapa anak-anak ni teruja datang ke sekolah yang beroperasi cuma 2 jam sehari ni.Lucu dengan gelagat anak yang culas, datang sekolah tak mahu membaca. Mujur penulis bijak tangani perangai anak seorang ni.Mereka sangat baik. Ini adalah anak-anak perang. Mereka teraniaya oleh perang. Banyak kisah pahit dan luka yang anak-anak ini simpan disebalik senyum dan tawa mereka. Kalau mereka ada di hadapan kita, entah mungkin kita boleh lihat derita melalui mata mereka.Aku setuju dengan satu review yang berkata untuk setiap apa yang kita ajar, kitalah yang sebenarnya banyak menerima, banyak belajar. Anak-anak ini mengajar kita tentang kehidupan dan perihal diri kita sendiri. Teringat kisah si comel Rasya yang seronok belajar mewarna dengan Musa di kaki lima jalan.."Ini warna azraq (biru)!" Aku boleh bayangkan wajah teruja dan bangga si comel ni bila dia tahu warna-warna yang ada. Terus dia sambung mewarna gambar kartun Tom and Jerry dengan bermacam-macam warna. Anak kecil berjiwa bersih. Tak peduli dikata salah atau pelik.Secara tak sedar, naskhah ini menyajikan kita 2 kisah sekaligus - kisah sukarelawan dan kisah anak-anak perang. 2 kisah menjadi satu dan akhirnya memenangi Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Kemanusiaan Terbaik.Tahniah pada para penulis. Terima kasih kerana berkongsi kisah yang jarang diketengahkan ini. Terima kasih kerana menjadikan ia naskah buku yang boleh dibelai dan dihargai para pembaca.Moga kita semua terinspirasi untuk buat sesuatu selepas membaca kisah mereka. Aku sendiri, terniat nak tubuhkan sebuah perpustakaan mini. Just so that anak-anak, adik-adik kita dapat akses buku dengan mudah.Dan juga, supaya aku dapat belajar daripada sifat 'keanak-anakan' mereka.

  • Nur Fatin Atiqah
    2019-03-17 16:06

    4.5 bintang, kerana masih ada kesilapan teknikal buku yang mengganggu diri ini sebagai pembaca.*Awas, review/nukilan maha panjang menanti.*Ini Sekolah Kita adalah catatan-catatan perjalanan kerja-kerja sukarelawan yang dilakukan oleh para pelajar Malaysia di bumi Jordan. Luahan hati-hati yang menanggapi menyantuni si cilik pelarian Syria sebagai suatu tanggungjawab yang harus dipikul dan diperjuangkan. Sedikit kisah jatuh bangun yang dihadapi mereka sepanjang memperjuangkan hak dan nasib anak-anak kecil. Ternyata, kerja-kerja sukarelawan bukan suatu pekerjaan yang indah dan manis sepanjang masa. Hanya yang benar-benar kuat sahaja yang akan mampu bertahan berhadapan kerenah dan birokrasi yang menggugat. Pendek kata, janganlah mengejar populariti jika memilih jalan ini.Aku faham dan mengerti setiap ujian yang perlu mereka lalui. Aku juga, suatu ketika dahulu, pernah memperjuangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik. Tapi, tidaklah sampai jauh terbang hingga ke Jordan. Mereka yang sempat aku santuni cumalah rakyat Malaysia, anak-anak dengan latarbelakang penuh warna suram, tetapi sungguhpun begitu, tetap perlu ada sosok kuat yang membantu mereka. Mewarnakan kembali cita-cita dan masa hadapan. Mendorong mereka menjadi insan teguh berlari kencang di muka bumi. Namun, itu cuma sejarah yang telah lama aku tinggalkan.Membaca kembali Ini Sekolah Kita ibarat melihat setiap anak-anak yang pernah aku ajar. Keperitan mengajar mereka membaca dan mengira, senyuman puas setelah mereka berjaya menunjukkan perubahan prestasi yang baik. Selain mendengar cerita mereka, meminjamkan telinga untuk setiap lawak dan jenaka, menjadi bahu yang menampung tangisan setelah kalah bergaduh dengan rakan-rakan. Semuanya kembali bermain di benak fikiran aku. Membuatkan jauh di sudut hati, terdetik satu persoalan, "Tidakkah engkau mahu kembali untuk memperjuangkan hak anak-anak itu, Fatin?"Aku kira, buku ini jatuh kategori wajib untuk dibaca oleh setiap daripada mereka yang bercita-cita untuk membantu anak-anak kecil, tidak kira sama ada anak-anak Malaysia ataupun Syria. Buku ini ibarat seorang teman yang sedia menjadi tempat engkau meluahkan 1001 rasa saat melakukan kerja-kerja sukarelawan, namun kemudiannya teman itu akan terus memotivasikan engkau agar tidak berputus asa.Buku ini juga perlu dibaca oleh mereka yang mahu mencari makna sebuah kehidupan. Mungkin kau masih mencari-cari tujuan kehidupan serba singkat ini, maka bacalah buku ini. Mana tahu ada sedikit inspirasi menyerap di sanubari, seterusnya membuka satu langkah untuk engkau pula bantu mereka yang memerlukan.Lagi, aku berasa perlu buku ini dibaca oleh setiap mahasiswa Malaysia, khususnya. Aku kira, sudah cukuplah mahasiswa kita majoritinya bersifat lemah fikiran dan hanya mementingkan diri sendiri, susah benar untuk diajak bersukarelawan. Bacalah, moga-moga engkau sebagai mahasiswa dapat menyalurkan segala kebaikan yang tersimpan dalam tubuhmu kepada insan di luar sana. Ya benar, semakin ramai sukarelawan dalam kalangan mahasiswa kini tetapi masih tidak memadai. Aku bermimpi agar semua mahasiswa mampu bersukarelawan, dan menjadi suara-suara keras yang berani memperjuangkan apa yang hak serta melawan kebatilan.Ah, banyak betul aku menulis kali ini. Entah kenapa, Ini Sekolah Kita mengingatkan kembali kepada semangat-semangat yang telah pudar. Mengenangkan aku kepada mimpi-mimpi yang telah terkubur. Sesungguhnya aku benar-benar berterima kasih buat Thukul Cetak yang menerbitkan buku ini. Sekali lagi, terima kasih kerana menerbitkan Ini Sekolah Kita, semoga ada harapan baru buat mereka yang di ambang keputus-asaan.

  • Nur Hafizzah
    2019-03-19 14:00

    Jujur saya mencari buku ini kerana lelaki terakhir menangis di bumi. Penulisan lelaki dan perempuan serta karakter yang berbeza menambah rencah dalam buku ini. Tahniah atas kemenangan buku ni! Sedikit sebanyak saya faham dengan kerenah anak-anak pelajar kerana saya guru dan mengajar di kawasan kampung di Sarawak yang pelajarnya agak kasar. Tetapi tetap kita punya seribu cara untuk menawan hati mereka. Keep it up adik-adik! Korang owesome!

  • Incek Akim
    2019-03-09 17:47

    Memang selayaknya buku ini menang Anugerah Buku Negara (Kategori Kemanusiaan) 2017. Bergenang jugak la air mata bila terbayang nasib anak-anak kecil dari Syria yang berusaha meneruskan kehidupan di bumi Jordan. Kagum betul dengan cara pengurusan masa pelajar kita kat sana; sukarelawan ni disamping buat tugas-tugas mengajar kat sekolah yang diorang kelola, mereka juga seorang penuntut di universiti di sana. Urus masa tu satu hal, urus emosi lagi satu hal lain pulak. Kuat semangat mereka. Cerita dikarang dalam urutan kronologi bagi setiap bab/tajuk. Ini memudahkan pembaca untuk memahami situasi dan kejadian yang penulis cuba sampaikan. Pengisian buku ni agak sarat dengan emosi pilu, walaupun kadangkala ada beberapa elemen kegembiraan yang diselitkan. Negara kau tengah berperang tu, apa hal kau tak sedih pulak, kan? Wuu~Semoga anak-anak kecil ini tidak dicengkam penyakit PTSD (post-traumatic syndrome disorder) bila peperangan selesai kelak. Tahniah buat para penulis, dan para sukarelawan di sana. Teruskan usaha murni anda.

  • cik_ngoh
    2019-03-21 20:01

    Catatan pengalaman yang mungkin tiada pada orang lain. Syabas penulis. Teruskan usaha murni.

  • Juliyana Junaidi
    2019-03-25 13:47

    Buku pertama yang habis dibaca semenjak pembelian di PBAKL tempoh hari. Membaca buku ini seumpama membaca catatan diari tiga individu berbeza berkenaan perihal yang sama iaitu sekitar kecaknaan mahasiswa ini terhadap isu pendidikan anak-anak pelarian Syria yang berada di Jordan. Laras bahasa yang digunakan begitu ringkas dan mesra membuatkan kita berasa begitu dekat dengan perkara yang mahu disampaikan. Buku ini membuatkan saya merenung kembali kehidupan dan memikirkan akan seberapa banyakkah usaha yang telah saya pulangkan kembali terhadap masyarakat. Anak muda ini berusaha sedaya upaya mereka untuk memulangkan kembali momen kanak-kanak bagi anak pelarian Syria yang telah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dibantu dengan sifat empati yang tinggi daripada sumbangan rakyat Malaysia, Alhamdulillah mereka berjaya membuka sekolah untuk mereka. Allah sahaja yang boleh membalas usaha kalian. Allahu yubarik fikum. Rate: 3.5/5

  • Atiq Aziz
    2019-03-18 17:02

    We need more volunteer and people with big heart in this world. Author want to serve others, feel understand the pain, cultivate hope and dream to the pure kids. May with their work doing the kids (war victims) grow bravely, persistently, to pursue their ambition.

  • Syahiran Ramli
    2019-03-22 18:44

    Pertama-tamanya ucapan tahniah kepada penulis-penulis Ini Sekolah Kita di atas penganugerahan Anugerah Buku Negara 2017 dalam kategori Novel Kemanusiaan tempoh hari. Moga dengan penganugerahan ini menjadi pemangkin dan penambah semangat kepada mereka untuk terus berjuang dan menulis di dalam misi membantu kanak-kanak Syria di Jordan.Ini Sekolah Kita ditulis oleh tiga orang penulis iaitu Hidayu Hatta, Musa Nuwayri dan Faris Isa. Merupakan terbitan Thukul Cetak dan mempunyai sebanyak 143 halaman bercetak yang bagi aku cukup padat dengan pengisiannya. Mungkin selepas ini cerita-cerita di sana boleh dipanjangkan lagi memandangkan buku ini ditulis oleh tiga orang penulis.Secara umumnya, buku ini berkisar tentang misi kemanusiaan yang dilakukan oleh anak-anak muda Malaysia di Jordan di bawah kelolaan Hidayu Hatta sendiri. Badan yang bertanggungjawab dalam misi ini adalah Teach For The Needs Syria (TFTN). Misi kemanusiaan yang menjadi fokus kepada pelajar-pelajar di sana adalah memberi pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria yang tidak punya peluang untuk menimba ilmu.Dapat kita lihat bahawa mereka ini bersungguh-sungguh dalam membantu kanak-kanak yang bernasib malang ini sekalipun mereka juga punya tanggungjawab yang lain iaitu menjadi pelajar sepenuh masa di sana. Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk membahagikan masa yang ada untuk menjayakan misi ini. Dan misi ini bukanlah misi sehari, tetapi misi ini adalah misi yang berterusan sehinggalah kita harap konflik yang berlaku di Syria akan berakhir. Amin.Aku kagum dengan semangat sukaralewan yang bertugas di sana walaupun kanak-kanak di sana agak nakal (kemungkinan daripada kesan perang itu sendiri atau sikap orang Arab itu) tetapi bagi mereka itu adalah cabaran-cabaran yang biasa jika hendak dibandingkan dengan cabaran kanak-kanak itu sendiri yang tidak punya rumah (tinggal di khemah pelarian), ada yang tidak punya mak ataupun ayah, ada yang mengemis, ada pula yang dibuli oleh rakyat Jordan sendiri dan sebagainya.Cabaran-cabaran lain yang dihadapi oleh mereka adalah mengajar kanak-kanak yang tidak pandai membaca walaupun umurnya sudah mencecah 12 tahun. Dan yang lebih malang bagi kita yang boleh membaca ini pula malas untuk membaca. Tertarik dengan kata-kata penulis;"Ya. Membaca, penting dalam hidup. Kalau tak mahu jadi orang bodoh dan asyik ditipu, kena tahu membaca. Sayangnya kita yang tahu membaca ini tak pula mahu membaca. Sebab itu, kita bodoh dan senang ditipu."Yang paling aku berduka cita dalam buku ini adalah bilamana dikisahkan kanak-kanak bernama Rasya yang teruja untuk mewarna tetapi dalam seumur hidupnya tidak pernah mewarna lukisan dan seumur hidupnya juga tidak pernah kenal 'warna' itu sendiri. Moga-moga mereka dapat ketemu Rasya kembali dan dilindungi oleh Tuhan.Oh ya, moga Yamamah menjadi anak-anak yang baik.Selamat maju jaya buat tim TFTN Syria!

  • adinatagus
    2019-03-13 19:42

    Ini Tadika Kita ( Sebuah Apresiasi Buku : Ini Sekolah Kita )Sebuah kota yang sarat rahsiaadalah setiap pejam anak-anaktatkala seruan tidurnya menjemput.dengan sebotol susu dan sekalung mimpibagai menggenggam matahariluar dan dalam isinya.Sebuah kota yang polos dosaadalah setiap senyum yang merekahdi bibir anak-anaktatkala jenaka dan realititak mengenali antara satu sama lain.dengan pensil dan kanvasumpama menukang hari esokyang tak difahamipedih dan menggigitantara satunya.aduhai, kesatria-kesatria kota,kecil dan bahagia,dengan dingin dan lembut tingkahmumengertilah,di penjuru gelita malam,malaikat pun berbaris,dengan berkat dan rahmat,menutup suis hari.Adinata Gus, Shah Alam.7 Mei 2017.Ketika manusia menyepikan diri tentang kebobrokan yang telah berlaku kepada dirinya dan terhadap masyarakat. Aku selalu percaya, dunia masih menagih manusia-manusia seperti Hidayu Hatta, Musa Nuwayri dan Faris Isa seperti yang dikisahkan dalam buku berjudul Ini Sekolah Kita.Catatan ini kutulis sebagai sebuah apresiasi bagi melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada ketiga-tiga mahasiswa kita yang sanggup melupakan waktu tidurnya, merelakan perut laparnya, menjinakkan sabarnya atas nama kemanusiaan.Naskhah ini kukira ia datang tepat pada waktunya, jika kita masih bersoal-soal tentang siapakah yang harus melakukan itu dan siapakah yang harus melakukan ini?Tiadalah marahku, tiadalah bantahanku setelah naskhah ini menerima Anugerah Buku Negara bagi kategori buku kemanusiaan kerana yang selayaknya adalah niat yang murni, dan tugas-tugas yang dijalankan dengan ikhlas pasti menerima balasan yang setimpal.Bagiku, ini adalah naskhah daripada penulis yang baik, dinukil dengan kata-kata yang baik dan berlandaskan niat yang baik pada akhirnya ia berjaya menyentuh hati sesiapa pun yang sedang menatap dan menekuninya saat ini.dan aku akan terus mengimani kata-kata Sydney J. Harris bahawa"The whole purpose of education is to turn mirrors into windows"Kudoakan semoga akan lahir lebih ramai mahasiswa kita yang berani, matang dan berwibawa untuk terus mengibar layar-layar kemanusiaan yang sedang gah berdiri di bumi Jordan seperti yang telah dilaksanakan oleh Hidayu Hatta, Musa Nuwayri dan Faris Isa.Tahniah kepada penerbit, penulis dan pendokong industri buku. Masih ada sinar dihujung sana!

  • Syed Shahrom Wafa
    2019-03-01 16:04

    Buku yang menarik (dan pendek) semestinya tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Buku ini antaranya 😊Seperti buku pertama Musa Nuwayri yang begitu menginspirasikan sebelum ini iaitu Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi, buku ini juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi buku ini boleh dikira sebagai kesinambungan kepada kerja-kerja amal mereka yang pertama di Jordan dalam membantu mangsa-mangsa pelarian perang Syria terutamanya di daerah Mafraq & Irbid, iaitu kawasan di sempadan Jordan/Syria.Dalam buku pertama tersebut diceritakan bagaimana tercetusnya idea beliau untuk menubuhkan NGO 'Tangisan Syria di Bumi Jordan' bagi membantu keluarga-keluarga pelarian ini dari segi keperluan asas hidup & sebagainya. Seterusnya di dalam buku ini pula diceritakan bagaimana badan amal ini berkembang serta bekerjasama dengan badan-badan amal yang lain bagi menyediakan pendidikan percuma pada anak-anak pelarian Syria ini.Sesungguhnya selepas membaca kisah mereka ini membuatkan kita terfikir betapa besarnya jiwa mereka dalam membantu golongan yang teraniaya akibat peperangan ini. Walaupun dihimpit dengan komitmen pelajaran mereka di universiti sana, namun ini tetap tidak menghalang mereka untuk menaburkan bakti tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak. Semoga usaha mereka ini mendapat balasan yang setimpal oleh-Nya di akhirat kelak, serta ditanamkan di hati mereka sifat ikhlas & istiqamah dalam mengharungi tanggungjawab yang besar ini. Kami para pembaca sentiasa mendoakan pasukan sukarelawan anda di Jordan sana agar dipermudahkan segala urusan. Tidak dapat membantu dari segi masa dan tenaga, in sha Allah sokongan dari segi moral & kewangan akan sentiasa mengiringi anda dari Malaysia tanah air tercinta.

  • Maisarah Mohd pauzi
    2019-03-05 18:04

    Sebagai seorang mahasiswi, aku kagum bagaimana salah seorang penulis buku ini yang tak punya banyak masa sangat pun, seorang pelajar pergigian, meluangkan masa 2 jam setiap hari menguruskan sekolah anak2 pelarian Syria di Jordan.Satu lagi, anak2 ini bukan mcm budak2 di Malaysia. Mereka anak2 arab. Kalau hang kenal bangsa Arab, hang tau la mcm mana bezanya bangsa kita dengan bangsa Arab.Dan yang paling penting, aku tersentuh sangat2 bila anak2 di jalanan ni, yang sangatlah teringin nak belajar, nak pergi sekolah tapi sebab mereka dilahirkan pada zaman negara mereka gawat dengan perang, menjadi pelarian pada usia muda, terpaksa mengemis... Lalu bagaimana mereka nak sekolah?Lagi seorang penulis buku ini buat tuisyen free di jalanan, sekadar bawa buku mewarna dan kad2 huruf ABC untuk anak2 ini kenal benda paling asas dalam hidup... Itu pun mereka mesti mengemis dulu sebelum dibenarkan oleh penjaga mereka untuk join tuisyen jalanan ini. Bayangkan, mereka mengemis semasa lampu isyarat warna merah kemudian ketika lampu isyarat tukar, pergi semula ke tepi jalan untuk belajar pegang pensel, dan diselang seli begitulah sampai 2 jam!Betapa mereka dahagakan pendidikan!

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2019-03-19 19:50

    Ini kisah berbakti kepada masyarakat, oleh anak-anak Malaysia kepada anak-anak Syria di bumi Jordan. Berjasa kerana rasa bertanggungjawab, bukan kerana balasan dunia.Saya suka membaca aktiviti-aktiviti pelajar sebegini. Dalam kesibukan menuntut ilmu, masa ada ruang dan masa untuk memberi khidmat sosial kepada yang memerlukan. Mahasiswa yang begini tahu memanfaatkan peluang untuk perkara yang bukan sia-sia.Terbit kenangan peribadi semasa belajar di utara tanah air sekitar 20 tahun dahulu. Saya dan kawan-kawan juga pernah mengikuti acara begini, berkhidmat kepada masyarakat setempat hampir setiap hujung minggu. Ada rasa seronok yang tak dapat diterangkan. Program saya jauh lebih kecil dari apa yang dibuat oleh mereka di Jordan, tapi tetap memberi satu perasaan yang cantik sebagai pengalaman hidupTahniah. Semoga usaha kalian dipermudahkan dan menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa tak kira di mana pun.

  • Husna Musa
    2019-03-19 19:03

    Bacaan yang bagus, perkongsian pengalaman yang sudah tentu sangat berharga. Naskhah ini mengumpulkan coretan sebahagian daripada pengalaman sukarelawan yang mendidik anak-anak Syria sementara menuntut ilmu di bumi Jordan. Sungguh, ini bukan kerja mudah. Ini juga bukan kerja yang selesa. Perjuangan yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kesungguhan. Mendidik anak-anak mangsa perang dan berdepan dengan penduduk tempatan yang pelbagai kerenahnya, ini pengalaman yang luar biasa.Aku yakin banyak lagi kisah suka duka mereka yang tidak dimuatkan di dalam buku dengan 124 halaman ini. Apapun, tahniah kepada para penulis dan sukarelawan. Kalian hebat.

  • Mazliza
    2019-03-06 13:50

    Ini kisah kegigihan siswa siswi Malaysia di Jordan membuka sekolah untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan. Mereka tidak tega anak-anak itu terbiar tanpa sebarang pendidikan.Kisah anak-anak pelarian yang meruntun hati. Zalimnya mereka yang merampas kegembiraan dan kemanisan zaman kanak-kanak mereka. Pun begitu, setelah melalui berbagai kepahitan, anak-anak itu masih ceria, manja, nakal, mengada-ngada. Mahu dibelai dan disayangi, sama seperti anak-anak lain.Sediakan tisu bila membaca buku ini.

  • Nisa Khairiah
    2019-03-19 14:44

    Kegigihan mereka dalam mendidik anak-anak Syria, sekaligus mendidik diri mereka dalam banyak hal. Subhanallah.

  • Muhamad Syafiq
    2019-03-07 15:38

    menarik dan terbaik..itu je mampu cakap